there's something soothing about southern....

Monday, November 27, 2006

Ehem.. ehem.. Aku tau mesti akan ramai yang membuat spekulasi setelah melihat penampilan istimewa aku bersama seseorang di majlis hari jadi Ahfad sabtu lalu. Lebih-lebih lagi disusuli dengan kemunculan aku di Down Under. Dan di sana aku begitu rancak menari dengan dia.. Takper, biarkan sahaja mereka membuat spekulasi masing-masing. Yang pasti, hanya aku sahaja yang tahu...

Apa-apa pun, ketepikan dahulu isu tersebut. Apa yang ingin kukatakan di sini, walau apa pun yang terjadi, aku tetap aku. Memang, kadang kala kita sentiasa berangan-angan inginkan satu hubungan yang serius apabila kita keseorangan. Namun, berdasarkan pemerhatian terhadap hubungan yang terjalin pada rakan-rakan yang lain, membuatkan aku berfikir seketika. Apa betulkah aku memerlukan hubungan tersebut? Atau ianya hanya perasaan sepi yang melanda kita ketika kita keseorangan? Atau juga ianya hanyalah perasaan nafsu yang sentiasa membuak-buak sehingga terbawa-bawa untuk kita ingin punya satu hubungan yang serius. Sesungguhnya, walau apapun sebab musababnya, yang pasti memang ketika dan saat ini aku memang inginkan satu hubungan serius..

Sebenarnya, sejak kebelakangan ini, aku lebih banyak bermain dgn perasaan.. Lebih tepat lagi, perasaan jatuh hati kepada seseorang itu terlalu rapuh sehinggakan hanya dengan sms sahaja boleh membuatkan aku jatuh hati, walaupun belum pernah bertentang mata... Aku sendiri tak tahu kenapa aku begitu lemah, begitu rapuh... Sedangkan aku sebenarnya amat memilih dalam menjalinkan sesuatu hubungan... Kalau disenaraikan, tak ramai yang akan dapat memenuhi kriteria tersebut. Namun, selalunya, aku jatuh kepada tangan orang yang tidak sepatutnya. Lebih tepat lagi, mereka sememangnya tidak layak untuk mendapatkan aku!!! Bukan niat untuk berlagak atau membangga diri, tetapi hanyalah menceritakan kelemahan sendiri, iaitu terlalu mudah percaya, terlalu mudah termakan kata...

Semenjak apa yang berlaku kebelakangan ini, membuatkan aku berfikir sejenak, walaupun sementara, tapi ianya dapat menyedarkan aku seketika bahawa aku hanyalah berada di alam fantasi yang aku cipta sendiri...

Begitulah aku kebelakangan ini....

Friday, November 24, 2006

Cinta Datang Lagi




Ermm.. tidak tahu mengapa, tiba-tiba hati berbunga riang, jantung berdebar, jiwa bergetar apabila kita menyukai seseorang yang kita jumpa, dan pada masa yang sama, kita dapat rasakan orang itu juga merasakan yang sama... Maybe that's what they called 'chemistry'. Semalam merupakan satu hari yang betul-betul membuatkan jantungku berdebar sekali lagi. Untuk kesekian kalinya, hati ini dicuri sekali lagi hanya dengan satu pandangan.

Kronologinya, bermula dengan perkenalan di ruangan kenalan maya, kami saling berutusan mesej dan berakhir dengan pertukaran nombor telefon... Dari situ, episod sms dan diikuti panggilan telefon pun bermula. Kemudian, episod ini disusuli dengan satu lagi episod pertemuan!!! Walaupun episod sebelumnya berlaku hanya sekejap sahaja, namun, atas rasa ingin tahu, episod pertemuan itu menyusul tak sampai seminggu!! Sungguh tidak dijangkakan, tapi apa yang boleh dikatakan, ianya atas dasar rasa ingin mengenali, dengan lebih ikhlas.

Maka, satu temujanji pun diatur! Setelah mencapai kata setuju, tiba harinya, bertemulah dua insan yang saling ingin mengetahui!!! Kelu, lidah tidak dapat berkata-kata tatkala mata bertentang mata... Masing-masing mencuri pandang.. Selesai episod bersalaman dan perkenalan, seperti yang dijanji, kami makan tengahari. Di meja makan, masing-masing kelu lagi, tidak tahu apa yang hendak dibualkan. Yang pasti, saling mencuri pandang lalu tersipu-sipu.. Hanya perbualan kosong sahaja yang dapat ketika itu. Itupun tidak banyak perkara yang diperkatakan...

Selesai makan, kami mengambil keputusan untuk menonton wayang di pawagam berhampiran mengenangkan diri yang masih tidak sembuh dan susah untuk berjalan... Tiba di pawagam, masing-masing tiada idea filem apa yang bakal ditonton. Setelah melihat jadual tayangan dan senarai filem, akhirnya Casino Royale yang menjadi pilihan. Dua jam berlalu, selesai tayangan Casino Royale, masing masing mencadangkan untuk minum petang bersama. Lalu sebuah kafe yang menggamit kenangan di kampung halaman menjadi pilihan.

Sekali lagi, kelu, lidah membeku. Namun, tidak putus mencuri pandangan. Akhirnya seperti tadi, entah apa topik perbualan dibincangkan kerana masing-masing tidak dapat tumpukan perhatian pada perbualan tersebut.. Setelah hampir setengah jam berbual, tiba masanya untuk mengakhiri pertemuan. Namun, masing-masing berat hati untuk pulang, rasanya seperti mahu bersama selama yang boleh! Akhirnya diri ini turut mengikutinya separuh jalan untuk menghantarnya pulang semata-mata kerana untuk ada bersama...

Pertemuan semalam bagaikan satu mimpi indah yang tak dapat digambarkan, walaupun mungkin segelintir akan membayangkan ianya hanyalah satu perasaan teruja yang tipikal bagi satu-satu pertemuan kali pertama. Namun, bagi diri ini yang merasakannya sendiri, ianya tetap membuatkan hati berbunga riang, mengubati gundah yang selama ini merundum diri....

Akan kusimpan kenangan ini untuk selamanya...

Sunday, November 19, 2006

BOO!!!



Hmm.. I guess I don't have to say sorry for not updating my blog for months!!! The reason is simple, coz no one ever know about the existence of this blog!! except for teddieville.. Hehehe.. mati la!!! Nasib baik takder expired date!! Klau tak dah lama masuk tong sampah!!! Begitulah kisahnya tentang blog yg tak pernah dikunjungi oleh orang ini...

Apa aku nak cerita ek? Owh!! Aku baru selesai menjalani pembedahan nie... Sakit ya amat skrg nie.. Pembedahan apa, hurmm.. pembesaran saluran kencing!!! Sound scary right? Yeah! It really scares me!! Sakitnya tu, tak saper yg tau.. Ok la, tak nak cerita lagi pasal nie, menakutkan!!!

Hmmm.. I think I'd like to write more about my feeling.. Tak tau la, masa lepas operate hari tu, rasa sayu sgt!! Maybe sbb takder orang tersayang yg menemani.. Nak buat camner, dah mmg orangnya takder, masih tidak diisi kekosongan tu.. Since puasa, I've been alone... Ntah la, aku tak pernah la ada luck bila bercouple.. Sedih!! Dah aku cuba, tapi tak berjaya... Asyik la org dok mempermainkan jer.. Takper la, dah nasib aku, nak buat camner? Terima jer la..

Sorry la guys, tadi berkobar-kobar nak tulis kat blog, separuh jalan, putus semangat, sedih punya pasal... Sob... sob... Ok la, takder mood dah, setakat ini sahaja. Bye!!


 
Right Here Waiting - Music