there's something soothing about southern....

Thursday, March 15, 2007

Wakakakakaka!!!! Ya rabbi, banyaknya sarang labah-labah kat sini... (carut blog sendirik takperkan....) Hurmmmm.... ntah la, tak tau kenapa, sebulan 2 nie memang malas nak menaip, lagipun blog nie is soooooooo basic.... Takder la kebabooommm macam blog orang lain.. Sampai nak tulis tittle pun takleh.. I dunno whether nie problem laptop nie ker or page utk aku taip kat blog nie yang problem, sbb ruangan utk tulis tittle tu invisible, takder..., tu yang aku takleh nak tulis tittle for every entry that I've post....

All this while, actually...., I'm kinda down, mmg down giler giler lah!!! Sebabnya, hanya aku sahaja yang tahu... ( macam lagu farhan la plaks....). But apa-apapun, life must goes on.. Patah tumbuh hilang berganti kan... Chewahh!!! Hiks... Sebenarnya at the moment, I'm try to keep myself out of trouble, I mean relationship trouble... So, skrg nie dah malas nak pikir tentang mereka... (mereka? macam ramai jer bunyiknya....) Hiks..... So sekarang nie, yang penting, kita enjoy!!!

Apa nak cerita ek??? Owh!! Last Chinese New Year me and my whole family had a vacation in Medan, Indonesia.. Seronok la jugak, tapi since gi ngan family, kena la behave yourself la kan.. Takleh la nak gila-gila sangat... Kat sana, we all stay for 5 days. Pegi Danau Toba, Brastagi dan bandar Medan itself... I like Danau Toba because of the scenic surrounding, especially the lake, while Brastagi is more like Cameron Highland sbb kawasan tanah tinggi... Sorry la uols, sbb tak tau nak letak gambar camner, apatah lagi nak buat link2 bagai tu semua.. Takper la, tak reti pun bagus jugak, sebab kalau reti nanti reveal sangat, kantoi ngan family nnt.. huhuhuhu...

Ok la tu jer, see ya all peeps!!! (mesti semua sentap sbb entry ciput jerkk... Wakakakakakaka!!!)

Tuesday, February 06, 2007

Keluar ke hutan kemudian menyanyiku... Keluar kepantai kemudian teriakku... Sepi, sepi dan sendiri aku benci... Ingin bingar aku dipasar, bosan aku dengan penat, hanya saja kau peka, seperti berjelaga jika kusendiri. Pecahkan saja gelasnya biar ramai... Biar mengaduh, sampai gaduh! Ntah ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tampukbatang putih... Kenapa tak goyangkan saja loncengnya biar terdera. Atau aku harus kehutan baru kepantai?

Last sunday, balik dari wedding kat Shah Alam, I went to Ikano. Mencari barang yang diperlukan... Namun setibanya di sana, kenangan silam kembali mengimbau, (refer to posting cinta datang lagi!!!). Memang, ketika itu, pertemuan itu berlaku di Ikano. Terus barang yang diperlukan itu tak dapat dicari, kerana membawa diri keseluruh tempat where the occassion happened including the cinema!!! Dalam keadaan aku yang kecelaruan ini, sedikit sebanyak kenangan manis ini dapat meredakan sedikit kegusaran yang melanda di fikiran...

Kita tinggalkan seketika kenangan manis lalu. Kenapa aku diuji dengan kecelaruan sebegini sekali? Tidak pernah sekali aku mengalami kecelaruan sebegini hebat!!! 3 kali aku menangis kerana dia... Kenapa sampai begini parah sekali kecelaruan yang harus aku tempuhi kali ini??? Aku rasa, kali inilah yang paling teruk aku alami. Lebih teruk lagi, aku dengan dia masih belum ada apa2 ikatan!!! Sedangkan dia sudah berpunya!! Kenapa mesti dia luahkan perasaannya kepada aku ketika aku dalam keadaan emotionally not stable?

Sesungguhnya, aku sudah tak larat lagi menghadapi apa yang kualami sekarang... Apa yang patut ku lupakan sekarang......

Friday, January 26, 2007

Hurmmm... It's been a while i haven't write anything here.. Tiba-tiba jer kan nak update blog.. Mesti ada sesuatu yang membuatkan aku ingin menulis kembali di dalam blog ini... Ya, memang, semenjak aku tinggalkan blog ini buat seketika, banyak perkara yang telah belaku!! Memang banyak!! Tapi, umum sekalian, maaflah, kerana aku rasa tak perlu aku ceritakan disini.. Walaupun sebelum ini ada sedikit sebanyak cuba kuterangkan kepada umum di dalam blog ini, tetapi kali ini, aku rasa tak perlu la aku nyatakan disini... Biarlah... Mungkin satu hari nanti bila aku sedia nyatakan, akan kutulis didalam blog ini...

This Chinese New Year, I won't be around... Aku akan ke Medan, family vacation... Sambil-sambil tenangkan fikiran yang sedang kusut nie... Hopefully, after this vacation, I'll be ok, be back as normal... I really wish that will happen...

To all readers, sorry to dissappointed you guys by not telling any sensation stories about me.. I rather keep it in silence... Sedih sesangat sebenarnya... Walau apapun, aku takkan berputus asa... Akan kucuba selagi upaya...

Thursday, December 07, 2006

Pendam rindu
Selagi ku mahu tahan
Gelora seru
Ke manapun jatuh

Di hati jantungku
Biar gunung
Menghembuskan lahar kuning
Daku inginkan
Kata putus

Dendam rindu
Menarik semua resah
Dalam sendu
Kekasihku merundungku...

Aku masih merasakan
Tak sampai di pantai
Penuh daya dalam perjuangan
Dalam hatiku

Kusesali bila
Engkau berpaling dariku
Sewaktu godaan merobek hati

Kekasihku, mengapa hanya aku yang terkejar
Kata rindu
Semalam hanya dusta semata

Oh sakitnya!
Blia merasakan penyiksaanmu
Yang kau cipta didepan mataku...

Dosakah aku bila
mencintaimu
Bila jalinan hati kini
menderaku
Tapi haruskah diriku pasrah
Diriku mengalah
Memang cinta
tiada bermata
Bisa ciptakan sedih
juga bahagia
Aku kini terjerat kerananya
Susah lepaskan dia
Jalannya cinta menodai hati
Aku dicinta jalinan tiada pasti
Dan aku tak harus terkalahkan
Dan diriku terabaikan
Ku ikuti jalannya hati

Friday, December 01, 2006

Memang, I'm kinda dissappointed, but i know, it's unfair to felt like that. I have to consider other things too... Itulah yang aku rasa semasa aku menulis blog ini. Apa puncanya, hanya aku sahaja yang tahu... Mungkin ada sesetengah pembaca akan rasa seperti mereka adalah punca aku berperasaan begini. Namun, sebenarnya, banyak perkara yang membuat aku rasa dissappointed. Nevermind, abaikan apa yang aku alami ketika ini.

Ketika ini, aku masih dalam kekeliruan, kecelaruan. Tak tahu la kenapa.. Mungkin juga disebabkan kelmarin, seorang rakan chat aku telah membangkitkan semula rasa rindu, sedih, pilu, dan kehilangan yang telah kesekian kali aku lupakan... Tiba-tiba, rasa rindu kepada orang yang paling aku sayangi di dunia ini datang kembali! Rindu pada arwah mama!!! Mama, I really miss u... I think kalau mama masih ada, aku takkan jadi begini... Selepas mama takde, aku betul-betul hilang arah, hilang tempat bergantung, tempat mengadu...

Banyak perkara yang kita selalu kongsi bersama... Selalunya akulah tempat mama mengadu segala masalah... Jikalau ada apa-apa yang berlaku di rumah, mama akan selalu ceritakan pada aku. Segala perderitaan mama semasa muda sampai ke akhir hayat, hanya kita berdua sahaja yang fahami... Walaupun anak-anak mama yang lain juga tahu tentang penderitaan mama, tapi, aku tak tahu, kenapa yang lain seakan-akan macam lupa, ataupun mugkin kerana masing-masing bukan lagi dibawah tanggungan mama ketika itu...

Mama, i really miss to have a chat with you... Bercerita tentang kisah silam mama, tentang hobi dan minat kita yang sama dan tentang bermacam-mcam lagi... Namun kini, segalanya sudah tiada... Tiada lagi bual bicara tentang hobi, kisah silam, segalanya... Segalanya hanya mampu kupendamkan sahaja...

Monday, November 27, 2006

Ehem.. ehem.. Aku tau mesti akan ramai yang membuat spekulasi setelah melihat penampilan istimewa aku bersama seseorang di majlis hari jadi Ahfad sabtu lalu. Lebih-lebih lagi disusuli dengan kemunculan aku di Down Under. Dan di sana aku begitu rancak menari dengan dia.. Takper, biarkan sahaja mereka membuat spekulasi masing-masing. Yang pasti, hanya aku sahaja yang tahu...

Apa-apa pun, ketepikan dahulu isu tersebut. Apa yang ingin kukatakan di sini, walau apa pun yang terjadi, aku tetap aku. Memang, kadang kala kita sentiasa berangan-angan inginkan satu hubungan yang serius apabila kita keseorangan. Namun, berdasarkan pemerhatian terhadap hubungan yang terjalin pada rakan-rakan yang lain, membuatkan aku berfikir seketika. Apa betulkah aku memerlukan hubungan tersebut? Atau ianya hanya perasaan sepi yang melanda kita ketika kita keseorangan? Atau juga ianya hanyalah perasaan nafsu yang sentiasa membuak-buak sehingga terbawa-bawa untuk kita ingin punya satu hubungan yang serius. Sesungguhnya, walau apapun sebab musababnya, yang pasti memang ketika dan saat ini aku memang inginkan satu hubungan serius..

Sebenarnya, sejak kebelakangan ini, aku lebih banyak bermain dgn perasaan.. Lebih tepat lagi, perasaan jatuh hati kepada seseorang itu terlalu rapuh sehinggakan hanya dengan sms sahaja boleh membuatkan aku jatuh hati, walaupun belum pernah bertentang mata... Aku sendiri tak tahu kenapa aku begitu lemah, begitu rapuh... Sedangkan aku sebenarnya amat memilih dalam menjalinkan sesuatu hubungan... Kalau disenaraikan, tak ramai yang akan dapat memenuhi kriteria tersebut. Namun, selalunya, aku jatuh kepada tangan orang yang tidak sepatutnya. Lebih tepat lagi, mereka sememangnya tidak layak untuk mendapatkan aku!!! Bukan niat untuk berlagak atau membangga diri, tetapi hanyalah menceritakan kelemahan sendiri, iaitu terlalu mudah percaya, terlalu mudah termakan kata...

Semenjak apa yang berlaku kebelakangan ini, membuatkan aku berfikir sejenak, walaupun sementara, tapi ianya dapat menyedarkan aku seketika bahawa aku hanyalah berada di alam fantasi yang aku cipta sendiri...

Begitulah aku kebelakangan ini....

Friday, November 24, 2006

Cinta Datang Lagi




Ermm.. tidak tahu mengapa, tiba-tiba hati berbunga riang, jantung berdebar, jiwa bergetar apabila kita menyukai seseorang yang kita jumpa, dan pada masa yang sama, kita dapat rasakan orang itu juga merasakan yang sama... Maybe that's what they called 'chemistry'. Semalam merupakan satu hari yang betul-betul membuatkan jantungku berdebar sekali lagi. Untuk kesekian kalinya, hati ini dicuri sekali lagi hanya dengan satu pandangan.

Kronologinya, bermula dengan perkenalan di ruangan kenalan maya, kami saling berutusan mesej dan berakhir dengan pertukaran nombor telefon... Dari situ, episod sms dan diikuti panggilan telefon pun bermula. Kemudian, episod ini disusuli dengan satu lagi episod pertemuan!!! Walaupun episod sebelumnya berlaku hanya sekejap sahaja, namun, atas rasa ingin tahu, episod pertemuan itu menyusul tak sampai seminggu!! Sungguh tidak dijangkakan, tapi apa yang boleh dikatakan, ianya atas dasar rasa ingin mengenali, dengan lebih ikhlas.

Maka, satu temujanji pun diatur! Setelah mencapai kata setuju, tiba harinya, bertemulah dua insan yang saling ingin mengetahui!!! Kelu, lidah tidak dapat berkata-kata tatkala mata bertentang mata... Masing-masing mencuri pandang.. Selesai episod bersalaman dan perkenalan, seperti yang dijanji, kami makan tengahari. Di meja makan, masing-masing kelu lagi, tidak tahu apa yang hendak dibualkan. Yang pasti, saling mencuri pandang lalu tersipu-sipu.. Hanya perbualan kosong sahaja yang dapat ketika itu. Itupun tidak banyak perkara yang diperkatakan...

Selesai makan, kami mengambil keputusan untuk menonton wayang di pawagam berhampiran mengenangkan diri yang masih tidak sembuh dan susah untuk berjalan... Tiba di pawagam, masing-masing tiada idea filem apa yang bakal ditonton. Setelah melihat jadual tayangan dan senarai filem, akhirnya Casino Royale yang menjadi pilihan. Dua jam berlalu, selesai tayangan Casino Royale, masing masing mencadangkan untuk minum petang bersama. Lalu sebuah kafe yang menggamit kenangan di kampung halaman menjadi pilihan.

Sekali lagi, kelu, lidah membeku. Namun, tidak putus mencuri pandangan. Akhirnya seperti tadi, entah apa topik perbualan dibincangkan kerana masing-masing tidak dapat tumpukan perhatian pada perbualan tersebut.. Setelah hampir setengah jam berbual, tiba masanya untuk mengakhiri pertemuan. Namun, masing-masing berat hati untuk pulang, rasanya seperti mahu bersama selama yang boleh! Akhirnya diri ini turut mengikutinya separuh jalan untuk menghantarnya pulang semata-mata kerana untuk ada bersama...

Pertemuan semalam bagaikan satu mimpi indah yang tak dapat digambarkan, walaupun mungkin segelintir akan membayangkan ianya hanyalah satu perasaan teruja yang tipikal bagi satu-satu pertemuan kali pertama. Namun, bagi diri ini yang merasakannya sendiri, ianya tetap membuatkan hati berbunga riang, mengubati gundah yang selama ini merundum diri....

Akan kusimpan kenangan ini untuk selamanya...


 
Right Here Waiting - Music