there's something soothing about southern....

Friday, November 24, 2006

Cinta Datang Lagi




Ermm.. tidak tahu mengapa, tiba-tiba hati berbunga riang, jantung berdebar, jiwa bergetar apabila kita menyukai seseorang yang kita jumpa, dan pada masa yang sama, kita dapat rasakan orang itu juga merasakan yang sama... Maybe that's what they called 'chemistry'. Semalam merupakan satu hari yang betul-betul membuatkan jantungku berdebar sekali lagi. Untuk kesekian kalinya, hati ini dicuri sekali lagi hanya dengan satu pandangan.

Kronologinya, bermula dengan perkenalan di ruangan kenalan maya, kami saling berutusan mesej dan berakhir dengan pertukaran nombor telefon... Dari situ, episod sms dan diikuti panggilan telefon pun bermula. Kemudian, episod ini disusuli dengan satu lagi episod pertemuan!!! Walaupun episod sebelumnya berlaku hanya sekejap sahaja, namun, atas rasa ingin tahu, episod pertemuan itu menyusul tak sampai seminggu!! Sungguh tidak dijangkakan, tapi apa yang boleh dikatakan, ianya atas dasar rasa ingin mengenali, dengan lebih ikhlas.

Maka, satu temujanji pun diatur! Setelah mencapai kata setuju, tiba harinya, bertemulah dua insan yang saling ingin mengetahui!!! Kelu, lidah tidak dapat berkata-kata tatkala mata bertentang mata... Masing-masing mencuri pandang.. Selesai episod bersalaman dan perkenalan, seperti yang dijanji, kami makan tengahari. Di meja makan, masing-masing kelu lagi, tidak tahu apa yang hendak dibualkan. Yang pasti, saling mencuri pandang lalu tersipu-sipu.. Hanya perbualan kosong sahaja yang dapat ketika itu. Itupun tidak banyak perkara yang diperkatakan...

Selesai makan, kami mengambil keputusan untuk menonton wayang di pawagam berhampiran mengenangkan diri yang masih tidak sembuh dan susah untuk berjalan... Tiba di pawagam, masing-masing tiada idea filem apa yang bakal ditonton. Setelah melihat jadual tayangan dan senarai filem, akhirnya Casino Royale yang menjadi pilihan. Dua jam berlalu, selesai tayangan Casino Royale, masing masing mencadangkan untuk minum petang bersama. Lalu sebuah kafe yang menggamit kenangan di kampung halaman menjadi pilihan.

Sekali lagi, kelu, lidah membeku. Namun, tidak putus mencuri pandangan. Akhirnya seperti tadi, entah apa topik perbualan dibincangkan kerana masing-masing tidak dapat tumpukan perhatian pada perbualan tersebut.. Setelah hampir setengah jam berbual, tiba masanya untuk mengakhiri pertemuan. Namun, masing-masing berat hati untuk pulang, rasanya seperti mahu bersama selama yang boleh! Akhirnya diri ini turut mengikutinya separuh jalan untuk menghantarnya pulang semata-mata kerana untuk ada bersama...

Pertemuan semalam bagaikan satu mimpi indah yang tak dapat digambarkan, walaupun mungkin segelintir akan membayangkan ianya hanyalah satu perasaan teruja yang tipikal bagi satu-satu pertemuan kali pertama. Namun, bagi diri ini yang merasakannya sendiri, ianya tetap membuatkan hati berbunga riang, mengubati gundah yang selama ini merundum diri....

Akan kusimpan kenangan ini untuk selamanya...

1 Comments:

  • hehehe CINTA Datang Lagi?? berapa byk daa.... huhuhuh ;)) ermm leh komen?? :P

    By Anonymous Anonymous, at 11:39 PM  

Post a Comment

<< Home


 
Right Here Waiting - Music