there's something soothing about southern....

Friday, December 01, 2006

Memang, I'm kinda dissappointed, but i know, it's unfair to felt like that. I have to consider other things too... Itulah yang aku rasa semasa aku menulis blog ini. Apa puncanya, hanya aku sahaja yang tahu... Mungkin ada sesetengah pembaca akan rasa seperti mereka adalah punca aku berperasaan begini. Namun, sebenarnya, banyak perkara yang membuat aku rasa dissappointed. Nevermind, abaikan apa yang aku alami ketika ini.

Ketika ini, aku masih dalam kekeliruan, kecelaruan. Tak tahu la kenapa.. Mungkin juga disebabkan kelmarin, seorang rakan chat aku telah membangkitkan semula rasa rindu, sedih, pilu, dan kehilangan yang telah kesekian kali aku lupakan... Tiba-tiba, rasa rindu kepada orang yang paling aku sayangi di dunia ini datang kembali! Rindu pada arwah mama!!! Mama, I really miss u... I think kalau mama masih ada, aku takkan jadi begini... Selepas mama takde, aku betul-betul hilang arah, hilang tempat bergantung, tempat mengadu...

Banyak perkara yang kita selalu kongsi bersama... Selalunya akulah tempat mama mengadu segala masalah... Jikalau ada apa-apa yang berlaku di rumah, mama akan selalu ceritakan pada aku. Segala perderitaan mama semasa muda sampai ke akhir hayat, hanya kita berdua sahaja yang fahami... Walaupun anak-anak mama yang lain juga tahu tentang penderitaan mama, tapi, aku tak tahu, kenapa yang lain seakan-akan macam lupa, ataupun mugkin kerana masing-masing bukan lagi dibawah tanggungan mama ketika itu...

Mama, i really miss to have a chat with you... Bercerita tentang kisah silam mama, tentang hobi dan minat kita yang sama dan tentang bermacam-mcam lagi... Namun kini, segalanya sudah tiada... Tiada lagi bual bicara tentang hobi, kisah silam, segalanya... Segalanya hanya mampu kupendamkan sahaja...

1 Comments:

  • Abg sayang!!

    Kena belajar buat perenggan bang...

    satu perenggan 3 baris aya jer... ataupun 3 ayat cukup...

    baru senang nak baca....

    muahs!

    By Anonymous Anonymous, at 4:59 PM  

Post a Comment

<< Home


 
Right Here Waiting - Music